Khamis, 1 September 2016

Persiapan Barang-barang Bayi

Assalamualaikum WBT. 

     Hai semua. Memandangkan aku dah buat semua persiapan untuk menyambut orang baru dalam hidup kami, jadi aku nak share dengan korang semua tentang persiapan barang-barang baby yang aku dah buat terutama sekali buat mummy-to-be yang baru macam aku ni. Awalnya, aku pun bingung juga nak buat list untuk barang-barang keperluan baby ni. Yelah takut menyesal sebab terkurang dan terlebih beli. Tapi hasil review kat google dan rajin bertanya kepada orang-orang yang sudah berpengalaman, Alhamdulillah dapat jugalah aku share dengan korang semua. 


  • Baju Baby, untuk jumlah dan jenama baju baby ni bolehlah beli mengikut kemampuan masing-masing. Tapi yang penting jangan beli terlalu banyak baju saiz newborn sebab baby ni cepat membesar. Korang belilah baju dengan berbagai peringkat umur. Lagipun mama aku cakap, baby takpe pakai baju besar sikit supaya senang nak bagi pakai dan boleh pakai lama. Nanti kalau lengan baju dia panjang, boleh je lipat kan? Kalau aku, aku memang suka sangat tengok design baju newborn sebab kiut sesangat. Tapi aku tak beli banyak pun untuk saiz newborn supaya tak membazir. Suami pun senang hati. Hehe. Sebenarnya, banyak orang kata beli baju baby ni sebagai satu pelaburan sebab boleh bagi next baby pakai, cuma aku rasa untuk masa akan datang mesti akan beli baru juga, kan? Hehe.


  • Mittens dan Booties, yang ni pun penting juga sebab baby kan suka garuk-garuk muka. Orang kata kena beli extra sebab kalau basah kena susu, atau air liur baby kena tukarkan selalu supaya baby tak masuk angin, jadi bolehlah beli lebih sikit. Aku pula sediakan 10 pasang, hasil beli sendiri dan pemberian orang lain. Hehe. Alhamdulillah. 


  • Tuala Mandi, menurut pengalaman ibu di luar sana, diaorang cakap tuala ni memang perlu banyak. Tapi aku beli 14 helai je setakat ni. Nanti kalau rasa-rasa tak cukup baru top-up lagi. Hehe. 


  • Tuala Kecil, tuala ni aku beli 7 helai je untuk pakai masa baby menyusu. Senang sikit nak guna dan cuci sebab saiznya kecil. Hehe. 


  • Blanket, aku beli blanket with hood supaya dapat sekali tutup kepala dia, kan? Hehe. 


  • Barut, yang ni aku beli 4 helai je saiz yang paling kecil sebab aku plan bila baby dah besar sikit, aku nak jahit sendiri je barut untuk dia. Lagipun, kalau tak salah mama aku masih simpan kot barut adik-adik aku. 


  • Kain Bedung, hasil seharian meng-google aku dah buat keputusan untuk beli je kain cotton flanel kat Kamdar yang berharga RM6.80 per meter. Aku beli dua corak kain yang berbeza masing-masing semeter. Lepas tu aku hantar kat tailor untuk jahit tepi kain tu. Upah tailor pula RM6.00 je untuk 2 kain bedung. Jadi, harga untuk satu kain bedung cuma RM9.80. Akhirnya, aku dapat juga berjimat sebab kalau beli swaddle yang ada kat mall tu mahal. Huhu. Walaupun kain ni memang jenis cepat berbulu, tapi kain ni yang paling sesuai untuk dijadikan bedung, katanya. Untuk tips penjagaan pula, korang kenalah rajin-rajinkan diri cuci hand wash kain bedung ni supaya tak cepat rosak. Hehe. 


  • Lampin, yang ni penting juga sebab nurse beritahu aku walaupun sekarang zaman dah moden, nanti masa kat wad bersalin diaorang akan tetap minta lampin supaya senang nak check sama ada baby dah kencing atau belum. Kain lampin pula aku beli kain lampin corak-corak jenama OKBB. Comel je tau. Hehe. Nanti bolehlah pakai untuk alas tidur, masa menyusu, atau masa tukar diaper sebab satu pack tu isinya 10 helai. Banyak sangatlah pula, kan? Hehe. 


  • Diapers, aku pilih jenama Drypers sebab adik-adik aku pakai jenama ni. Kalau kencing waktu tidur malam sampai bangun pagi tak pernah ada kes tembus atau cadar basah. Hehe. 


  • Topi


  • Tempat Pakaian Baby, aku beli box yang berzip supaya senang nak letak pakaian baby.


  • Toiletries, aku pilih jenama Pigeon sebab paraben dan sulphate free walaupun harganya agak mahal  jika dibandingkan dengan jenama yang lain. Niat di hati nak beri yang terbaik je. Harap-harap sesuailah ye untuk anak ibu nanti. Amin. 


  • Minyak Kayu Putih/ Minyak Telon, lebih sesuai untuk mengelakkan baby masuk angin. Lagipun minyak ni tak terlalu panas kalau sapu kat kulit baby


  • Baby Wipes, aku belikan jenama pureen sebab aku baca kat google, mommies kat luar sana ramai yang rekomen beli jenama ni sebab material lebih lembut, tebal, dan paraben free


  • Baby Brush and Comb


  • Pemotong Kuku Baby, yang ni penting juga bagi aku sebab kuku baby kan kecil. Jadi memang tak sesuailah pakai pemotong kuku orang dewasa. 


  • Cotton Bud Baby


  • Changing Mat, aku beli supaya senang dan cadar tak kotor masa nak tukar diaper baby nanti. 


  • Air Filled Rubber Sheet, untuk baby mandi. 





  • Detergent Untuk Babywear, untuk basuh baju baby tak bolehlah pakai detergent yang sama dengan orang dewasa pakai, sebab kulit baby sensitif. Takutnya bahan-bahan yang terkandung dalam detergent tu dapat menimbulkan kesan yang tak baik untuk kulit baby. Hasil carian di google, maka aku pilih Anti-Bacterial Detergent jenama Pureen. Lembut dan wangi je. Hehe.