Khamis, 1 September 2016

Persiapan Barang-barang Bayi

Assalamualaikum WBT. 

     Hai semua. Memandangkan aku dah buat semua persiapan untuk menyambut orang baru dalam hidup kami, jadi aku nak share dengan korang semua tentang persiapan barang-barang baby yang aku dah buat terutama sekali buat mummy-to-be yang baru macam aku ni. Awalnya, aku pun bingung juga nak buat list untuk barang-barang keperluan baby ni. Yelah takut menyesal sebab terkurang dan terlebih beli. Tapi hasil review kat google dan rajin bertanya kepada orang-orang yang sudah berpengalaman, Alhamdulillah dapat jugalah aku share dengan korang semua. 


  • Baju Baby, untuk jumlah dan jenama baju baby ni bolehlah beli mengikut kemampuan masing-masing. Tapi yang penting jangan beli terlalu banyak baju saiz newborn sebab baby ni cepat membesar. Korang belilah baju dengan berbagai peringkat umur. Lagipun mama aku cakap, baby takpe pakai baju besar sikit supaya senang nak bagi pakai dan boleh pakai lama. Nanti kalau lengan baju dia panjang, boleh je lipat kan? Kalau aku, aku memang suka sangat tengok design baju newborn sebab kiut sesangat. Tapi aku tak beli banyak pun untuk saiz newborn supaya tak membazir. Suami pun senang hati. Hehe. Sebenarnya, banyak orang kata beli baju baby ni sebagai satu pelaburan sebab boleh bagi next baby pakai, cuma aku rasa untuk masa akan datang mesti akan beli baru juga, kan? Hehe.


  • Mittens dan Booties, yang ni pun penting juga sebab baby kan suka garuk-garuk muka. Orang kata kena beli extra sebab kalau basah kena susu, atau air liur baby kena tukarkan selalu supaya baby tak masuk angin, jadi bolehlah beli lebih sikit. Aku pula sediakan 10 pasang, hasil beli sendiri dan pemberian orang lain. Hehe. Alhamdulillah. 


  • Tuala Mandi, menurut pengalaman ibu di luar sana, diaorang cakap tuala ni memang perlu banyak. Tapi aku beli 14 helai je setakat ni. Nanti kalau rasa-rasa tak cukup baru top-up lagi. Hehe. 


  • Tuala Kecil, tuala ni aku beli 7 helai je untuk pakai masa baby menyusu. Senang sikit nak guna dan cuci sebab saiznya kecil. Hehe. 


  • Blanket, aku beli blanket with hood supaya dapat sekali tutup kepala dia, kan? Hehe. 


  • Barut, yang ni aku beli 4 helai je saiz yang paling kecil sebab aku plan bila baby dah besar sikit, aku nak jahit sendiri je barut untuk dia. Lagipun, kalau tak salah mama aku masih simpan kot barut adik-adik aku. 


  • Kain Bedung, hasil seharian meng-google aku dah buat keputusan untuk beli je kain cotton flanel kat Kamdar yang berharga RM6.80 per meter. Aku beli dua corak kain yang berbeza masing-masing semeter. Lepas tu aku hantar kat tailor untuk jahit tepi kain tu. Upah tailor pula RM6.00 je untuk 2 kain bedung. Jadi, harga untuk satu kain bedung cuma RM9.80. Akhirnya, aku dapat juga berjimat sebab kalau beli swaddle yang ada kat mall tu mahal. Huhu. Walaupun kain ni memang jenis cepat berbulu, tapi kain ni yang paling sesuai untuk dijadikan bedung, katanya. Untuk tips penjagaan pula, korang kenalah rajin-rajinkan diri cuci hand wash kain bedung ni supaya tak cepat rosak. Hehe. 


  • Lampin, yang ni penting juga sebab nurse beritahu aku walaupun sekarang zaman dah moden, nanti masa kat wad bersalin diaorang akan tetap minta lampin supaya senang nak check sama ada baby dah kencing atau belum. Kain lampin pula aku beli kain lampin corak-corak jenama OKBB. Comel je tau. Hehe. Nanti bolehlah pakai untuk alas tidur, masa menyusu, atau masa tukar diaper sebab satu pack tu isinya 10 helai. Banyak sangatlah pula, kan? Hehe. 


  • Diapers, aku pilih jenama Drypers sebab adik-adik aku pakai jenama ni. Kalau kencing waktu tidur malam sampai bangun pagi tak pernah ada kes tembus atau cadar basah. Hehe. 


  • Topi


  • Tempat Pakaian Baby, aku beli box yang berzip supaya senang nak letak pakaian baby.


  • Toiletries, aku pilih jenama Pigeon sebab paraben dan sulphate free walaupun harganya agak mahal  jika dibandingkan dengan jenama yang lain. Niat di hati nak beri yang terbaik je. Harap-harap sesuailah ye untuk anak ibu nanti. Amin. 


  • Minyak Kayu Putih/ Minyak Telon, lebih sesuai untuk mengelakkan baby masuk angin. Lagipun minyak ni tak terlalu panas kalau sapu kat kulit baby


  • Baby Wipes, aku belikan jenama pureen sebab aku baca kat google, mommies kat luar sana ramai yang rekomen beli jenama ni sebab material lebih lembut, tebal, dan paraben free


  • Baby Brush and Comb


  • Pemotong Kuku Baby, yang ni penting juga bagi aku sebab kuku baby kan kecil. Jadi memang tak sesuailah pakai pemotong kuku orang dewasa. 


  • Cotton Bud Baby


  • Changing Mat, aku beli supaya senang dan cadar tak kotor masa nak tukar diaper baby nanti. 


  • Air Filled Rubber Sheet, untuk baby mandi. 





  • Detergent Untuk Babywear, untuk basuh baju baby tak bolehlah pakai detergent yang sama dengan orang dewasa pakai, sebab kulit baby sensitif. Takutnya bahan-bahan yang terkandung dalam detergent tu dapat menimbulkan kesan yang tak baik untuk kulit baby. Hasil carian di google, maka aku pilih Anti-Bacterial Detergent jenama Pureen. Lembut dan wangi je. Hehe. 

Isnin, 29 Ogos 2016

Petua Hilangkan Sakit Belakang Semasa Mengandung

Assalamualaikum WBT. 

      Sedar tak sedar kandungan aku hampir menginjak usia 38 minggu. Feel takut, gementar, dan gembira tu semua bercampur-aduk sampai kadang-kadang buat aku makan tak kenyang, tidur tak lena, dan mandi tak basah. Hehe. Tapi syukur Alhamdulillah, walaupun hari bersalin semakin hampir, aku tak ada masalah kesihatan dan aku masih boleh berjalan serta bergerak dengan baik. 

    Sebenarnya, dalam entri kali ini aku nak share dengan korang semua tentang cara nak hilangkan sakit belakang semasa mengandung. Sakit belakang semasa mengandung ni biasanya adalah major problem dalam kalangan perempuan mengandung. Betul tak? Masa second trimester aku selalu alami masalah sakit belakang ni, teruk juga sakitnya. Mama aku cakap sakit belakang sebab angin kot. Tapi tak tahulah pula angin dari mana? Hehe. Terlebih lagi aku diserang batuk masa hari raya tu. Batuk tu menyebabkan belakang aku sakit sangat sampai nak bergerak pun susah. Kalau salah posisi duduk atau baring mahunya terjerit-jerit aku kesakitan. Nak makan ubat tak boleh, nak berurut pun susah juga. Bila sakit tengah-tengah malam macam tu terpaksalah aku minta suami aku sapukan krim analgesik "Flanil" kat belakang aku. Krim ni memang bagus, mujarab jugalah sebab sejuk-sejuk je rasa bila sapu kat tempat yang sakit. Mama aku yang rekomen kat aku sebab dulu masa mengandung adik aku, dia pun pakai krim ni. Tapi, takkanlah aku nak bergantung dengan krim ni je kan selama mengandung sebab krim ni hanya boleh melegakan sekejap secara instant tapi tak menghilangkan rasa sakit belakang aku. Jadi aku amalkanlah petua yang nenek saudara aku bagi masa dia datang bertandang kat rumah hari tu. 

Petuanya, 
  • Ambil sebiji limau nipis, perah kat dalam mangkuk kecil. Lepas tu, campur dengan sedikit kapur sireh. Ingat tau sikit je. Bila dah bercampur sebati, sapu kat belakang yang sakit sampai kering kat kulit kita. Aku amalkan petua ni selama 3 hari berturut-turut sebelum tidur. Syukur Alhamdulillah sebab masalah sakit belakang pun dah hilang. 

  • kalau sakit belakang sebab batuk pula, ambil sebiji limau nipis dan bakar kat atas dapur memasak sampai hitam-hitam sikit. Tapi jangan sampai air limau tu habis. Kemudian bungkus limau tu dengan kain sapu tangan kecil. Lepas tu, minta tolonglah dengan suami untuk tuamkan kat belakang yang sakit sampai air limau tu habis dan biarkan je kering kat belakang. Rasa dia suam-suam panas je kat belakang masa kena tuam tu, jadi legalah juga. Lepas amalkan menuam beberapa hari, bolehlah cuba sapukan air limau nipis dengan kapur sireh pula. 

     Okey baiklah, aku harap korang yang mengalami sakit belakang semasa mengandung bolehlah mencuba petua kampung dari nenek saudara aku ni. In Sha Allah berkesan dan mujarab dengan usaha, doa, dan tawakal. Amin.  

Ahad, 21 Ogos 2016

Tentang Nora

Assalamualaikum WBT. 

Sebelum baca blog ni, marilah kita berkenalan terlebih dahulu. Hehe. Korang boleh panggil aku Nora. Nama sebenar aku ialah Nora Saidul Fatimah binti Yassin. I'm just 25 years old. Memang aku akui yang nama parent aku bagi ni unik sikit combination-nya. Haha. Kalau tu nama aku, mesti korang tertanya-tanya dari mana asal-usul tajuk blog ni sampai terselit perkataan Zul, kan? Hehe. Okey, kejap lagi aku cerita ya. 


Aku seorang isteri kepada seorang suami yang bernama Zul Fikhiran bin Asli. Haa, dari situlah asal-usul terselitnya perkataan Zul tu. Hehe. Sengaja aku selitkan nama sado kat situ kebab masa zaman aku sekolah rendah dulu , cikgu-cikgu sekolah selalu tersasul nama "Saidul" aku tu menjadi "Saidatul". Mungkin nama aku tu sado sangat kot. Jadi kalau dipanggil "Saidatul", ayu jugalah bunyinya. kadang-kadang aku betulkan juga, tapi perkara tu terjadi berulangkali sampai aku pun mengiyakan jelah. Haha. Bila dah besar-besar macam ni, berjodoh pula dengan lelaki yang ada nama "Zul". Jodoh berdua, begitulah takdir. Hehe. 


Aku menamatkan zaman bujang aku semasa aku berumur 24 tahun. Masa aku berkahwin, aku masih belajar lagi. Sekarang pun aku masih juga seorang pelajar. Cuma bezanya sekarang ni aku seorang pelajar yang tengah bercuti kerana pregnant. Hehe. Aku belajar dalam bidang Kedoktoran Haiwan di Institut Pertanian Bogor, IPB. Kiranya, aku ni seorang pencinta haiwan jugalah. Aku suka kuda dan kucing. Cute sangat. Hehe. 


Aku ni budak baru nak belajar, masih newbie lagi dalam bab-bab menulis blog ni. Tapi dengan berbekalkan nekad dan kegigihan untuk mencuba menulis, aku gagahkan juga diri. Hehe. Hasrat hati ni nak juga mula dari dulu, tapi kononnya sebelum ni sibuk nak study-lah, katanya. Walhal masih sempat menghantar pesan cinta setiap hari. Ecewah. Gurau ye. Haha. Apapun, aku berharap korang sukalah ye ! Selain tu, aku berharap juga blog ni dapatlah memberi manfaat kepada korang semua yang membaca. Amin.