Ahad, 21 Ogos 2016

Tentang Nora

Assalamualaikum WBT. 

Sebelum baca blog ni, marilah kita berkenalan terlebih dahulu. Hehe. Korang boleh panggil aku Nora. Nama sebenar aku ialah Nora Saidul Fatimah binti Yassin. I'm just 25 years old. Memang aku akui yang nama parent aku bagi ni unik sikit combination-nya. Haha. Kalau tu nama aku, mesti korang tertanya-tanya dari mana asal-usul tajuk blog ni sampai terselit perkataan Zul, kan? Hehe. Okey, kejap lagi aku cerita ya. 


Aku seorang isteri kepada seorang suami yang bernama Zul Fikhiran bin Asli. Haa, dari situlah asal-usul terselitnya perkataan Zul tu. Hehe. Sengaja aku selitkan nama sado kat situ kebab masa zaman aku sekolah rendah dulu , cikgu-cikgu sekolah selalu tersasul nama "Saidul" aku tu menjadi "Saidatul". Mungkin nama aku tu sado sangat kot. Jadi kalau dipanggil "Saidatul", ayu jugalah bunyinya. kadang-kadang aku betulkan juga, tapi perkara tu terjadi berulangkali sampai aku pun mengiyakan jelah. Haha. Bila dah besar-besar macam ni, berjodoh pula dengan lelaki yang ada nama "Zul". Jodoh berdua, begitulah takdir. Hehe. 


Aku menamatkan zaman bujang aku semasa aku berumur 24 tahun. Masa aku berkahwin, aku masih belajar lagi. Sekarang pun aku masih juga seorang pelajar. Cuma bezanya sekarang ni aku seorang pelajar yang tengah bercuti kerana pregnant. Hehe. Aku belajar dalam bidang Kedoktoran Haiwan di Institut Pertanian Bogor, IPB. Kiranya, aku ni seorang pencinta haiwan jugalah. Aku suka kuda dan kucing. Cute sangat. Hehe. 


Aku ni budak baru nak belajar, masih newbie lagi dalam bab-bab menulis blog ni. Tapi dengan berbekalkan nekad dan kegigihan untuk mencuba menulis, aku gagahkan juga diri. Hehe. Hasrat hati ni nak juga mula dari dulu, tapi kononnya sebelum ni sibuk nak study-lah, katanya. Walhal masih sempat menghantar pesan cinta setiap hari. Ecewah. Gurau ye. Haha. Apapun, aku berharap korang sukalah ye ! Selain tu, aku berharap juga blog ni dapatlah memberi manfaat kepada korang semua yang membaca. Amin. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan