Assalamualaikum WBT.
Sedar tak sedar kandungan aku hampir menginjak usia 38 minggu. Feel takut, gementar, dan gembira tu semua bercampur-aduk sampai kadang-kadang buat aku makan tak kenyang, tidur tak lena, dan mandi tak basah. Hehe. Tapi syukur Alhamdulillah, walaupun hari bersalin semakin hampir, aku tak ada masalah kesihatan dan aku masih boleh berjalan serta bergerak dengan baik.
Sebenarnya, dalam entri kali ini aku nak share dengan korang semua tentang cara nak hilangkan sakit belakang semasa mengandung. Sakit belakang semasa mengandung ni biasanya adalah major problem dalam kalangan perempuan mengandung. Betul tak? Masa second trimester aku selalu alami masalah sakit belakang ni, teruk juga sakitnya. Mama aku cakap sakit belakang sebab angin kot. Tapi tak tahulah pula angin dari mana? Hehe. Terlebih lagi aku diserang batuk masa hari raya tu. Batuk tu menyebabkan belakang aku sakit sangat sampai nak bergerak pun susah. Kalau salah posisi duduk atau baring mahunya terjerit-jerit aku kesakitan. Nak makan ubat tak boleh, nak berurut pun susah juga. Bila sakit tengah-tengah malam macam tu terpaksalah aku minta suami aku sapukan krim analgesik "Flanil" kat belakang aku. Krim ni memang bagus, mujarab jugalah sebab sejuk-sejuk je rasa bila sapu kat tempat yang sakit. Mama aku yang rekomen kat aku sebab dulu masa mengandung adik aku, dia pun pakai krim ni. Tapi, takkanlah aku nak bergantung dengan krim ni je kan selama mengandung sebab krim ni hanya boleh melegakan sekejap secara instant tapi tak menghilangkan rasa sakit belakang aku. Jadi aku amalkanlah petua yang nenek saudara aku bagi masa dia datang bertandang kat rumah hari tu.
Petuanya,
- Ambil sebiji limau nipis, perah kat dalam mangkuk kecil. Lepas tu, campur dengan sedikit kapur sireh. Ingat tau sikit je. Bila dah bercampur sebati, sapu kat belakang yang sakit sampai kering kat kulit kita. Aku amalkan petua ni selama 3 hari berturut-turut sebelum tidur. Syukur Alhamdulillah sebab masalah sakit belakang pun dah hilang.
- kalau sakit belakang sebab batuk pula, ambil sebiji limau nipis dan bakar kat atas dapur memasak sampai hitam-hitam sikit. Tapi jangan sampai air limau tu habis. Kemudian bungkus limau tu dengan kain sapu tangan kecil. Lepas tu, minta tolonglah dengan suami untuk tuamkan kat belakang yang sakit sampai air limau tu habis dan biarkan je kering kat belakang. Rasa dia suam-suam panas je kat belakang masa kena tuam tu, jadi legalah juga. Lepas amalkan menuam beberapa hari, bolehlah cuba sapukan air limau nipis dengan kapur sireh pula.
Okey baiklah, aku harap korang yang mengalami sakit belakang semasa mengandung bolehlah mencuba petua kampung dari nenek saudara aku ni. In Sha Allah berkesan dan mujarab dengan usaha, doa, dan tawakal. Amin.


